Jadi, Adakah Tembakau Panas Dibakar?

April 12, 2024

Jom Bercakap Tentang Terminologi Tembakau

Begitu mudah untuk rasa keliru dengan bahasa saintifik berkaitan topik tembakau. Bagi perokok dewasa yang membuat percubaan pertama mereka untuk mencari alternatif merokok, ia boleh merumitkan lagi keadaan.

Perkataan seperti pembakaran, pengewapan dan kawalan suhu adalah perkara yang sering dipertikaikan. Ia boleh membawa anda untuk kembali kepada asas dengan mengetahui 3 gaya popular tentang merokok yang mendominasi keseronokan tembakau hari ini.
 

  • Rokok - Telah lama wujud dari dekad terdahulu. Adakah suhu tembakau dibakar menjadi persoalan yang perlu difikirkan? Secara purata, suhu tembakau rokok mencecah 800°C apabila dinyalakan. Tembakau dan kertas pembalut yang terbakar serta proses pembakaran tembakau akan menghasilkan bau yang kuat, asap dan abu.
  • Peranti vape - Ironinya, peranti ini adalah produk pertama yang digambarkan sebagai alternatif merokok kerana ia tidak menggunakan sebarang tembakau. Vaping ialah frasa induk untuk semua jenis perkara berkaitan vape, daripada e-rokok kepada mod dan pod. Semua ini berfungsi dengan e-cecair.

Jadi, apakah kawalan suhu pada vape? Ini adalah penyelesaian teknologi yang biasanya digunakan oleh penghisap vape berpengalaman supaya anda boleh menetapkan had suhu di antara 100°C hingga 315°C.
 

  • Tembakau panas - peranti seperti Ploom X Advanced ialah alternatif merokok yang baharu. Ia direka bentuk untuk menghilangkan asap dan abu. yang sedikit serta mengurangkan bau tembakau² - ia bukan sekadar potensi yang bermanfaat, malah ia membuatkan anda peka dan bertimbang rasa dengan keadaan di sekeliling. Ploom X Advanced berfungsi dengan batang tembakau dan yang paling penting sekali, batang tembakau dipanaskan dan bukan dibakar.

Tembakau Panas - Ucapkan Selamat Tinggal Pada Pembakaran

Di Ploom, kami memberi tumpuan kepada kuasa, bukan api. Itu telah mengubah cara anda menikmati rasa tembakau. Teknologi HeatFlow Ploom X Advanced menghasilkan suhu tembakau panas 316°C. Dengan meningkatkan suhu batang tembakau tanpa perlu membakar, semua yang terhasil adalah rasa tembakau diperkaya dan aroma tembakau yang lembut.

Perkataan dibakar dan pembakaran tembakau panas tidak diguna pakai untuk menerangkan tentang Ploom X Advanced, termasuklah perkataan asap dan abu. Inilah berita baik untuk mereka yang bekerja dari rumah dan ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kepulan asap dan abu yang bersepah.

Ploom X Advanced ialah pendekatan moden untuk anda merasai pengalaman menikmati tembakau. Peranti ini dilengkapi ciri yang anda cari pada peranti berteknologi yang inovatif. Antaranya IntuiTouch, ciri yang membolehkan anda menerima notifikasi LED, maklum balas haptik agar pemiliknya boleh menggunakannya dengan mudah. 

Dengan Ploom X Advanced, anda boleh mengalami tembakau tanpa perlu risau tentang asap yang terhasil. Ia menghasilkan bau tembakau² yang kurang berbanding rokok. Jadi anda dan sesiapa sahaja dapat menerima penggunaan peranti ini lebih sesuai untuk dinikmati di dalam rumah dan ia kurang menimbulkan ketidakselesaan orang di sekeliling.

Suhu Vaping VS Tembakau Panas

Semua rokok, vape dan tembakau panas menghasilkan wap yang boleh disedut. Bukan sahaja suhu yang penting, malah teknologi juga memainkan peranan utama. Apa yang menjadikan Ploom X Advanced dan batang kami tidak menghasilkan asap, abu dan bau tembakau yang kurang adalah kerana ia tidak bersentuhan dengan sumber haba.

Terokai Semua Artikel Blog

Berita dan kemas kini semasa kami
 

Adakah anda berumur lebih daripada 18 tahun?

Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.

Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.

Sahkan
Please insert correct date