Syarat Jualan

Syarat Jualan berikut (“Syarat Jualan”) mentadbir rangka kerja dari segi undang-undang untuk pembelian rangkaian produk Ploom secara dalam talian, seperti yang ditakrifkan di bawah.

1. Umum

JTI sebagai pemilik dan pengendali Ploom.my telah melantik syarikat berikut sebagai rakan perniagaan e-dagang JTI: SWAP LOGISTICS DISTRIBUTION SDN. BHD. Unit L2-03, Level 2, Wisma Kemajuan, No 2, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor. (“EBP”) untuk menjual produk yang disenaraikan di laman Ploom.my yang turut melibatkan transaksi berkaitan jual beli serta tugas-tugas logistik berkaitan pemprosesan, pembungkusan, invois, dan penghantaran pesanan yang dibuat melalui laman web. JTI berhak untuk menukar rakan perniagaan e-dagangnya dari semasa ke semasa tanpa notis.

Penggunaan anda terhadap Ploom.my adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan, dan cara maklumat peribadi anda digunakan adalah tertakluk kepada Dasar Privasi. Sila baca dokumen-dokumen ini dengan teliti, kerana di dalamnya terkandung terma-terma penting yang berkaitan dengan anda. Sila maklum terma jualan EBP yang berikut.

 

2. Membuat Pesanan

Semua produk Ploom dan produk-produk berkaitan (“Produk”) di laman web Ploom.my adalah untuk tatapan perokok dewasa berumur 18 ke atas dan dijual hanya kepada orang berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di Malaysia. Rangkaian Produk yang disenaraikan di Ploom.my boleh diubah atau ditarik balik secara kekal pada bila-bila masa.

Sebelum membuat pesanan, Syarat Jualan dalam bahagian ini mesti diterima oleh anda.

Apabila anda membuat pesanan, anda akan dianggap sebagai telah menerima Syarat Jualan yang berikut antara anda dan rakan perniagaan e-dagang kami, EBP. 

Penyempurnaan pesanan anda adalah sentiasa tertakluk pada ketersediaan Produk dan Syarat Jualan lain. Penerimaan pesanan anda oleh EBP akan berlaku selepas pembayaran telah dibuat melalui Payment Gateway yang dilantik. Mulai ini, pesanan tidak lagi boleh diubah atau dibatalkan. 

Jika anda ingin mengubah butiran pesanan anda seperti alamat penghantaran, sila hubungi Ploom Care Team di 1800 228 338 secepat mungkin. Tiada perubahan boleh dilakukan selepas pesanan anda dihantar.

Nombor pesanan akan diberikan kepada pesanan anda dan boleh didapati dalam emel pengesahan pesanan. Sila nyatakan nombor pesanan tersebut jike anda menghubungi Ploom Care Team mengenai pesanan anda.

Jika EBP tidak dapat menerima pesanan anda, anda akan dimaklumkan tentang perkara ini dan anda tidak akan dicaj untuk produk tersebut. Ini mungkin disebabkan produk tidak lagi tersedia, stok kami, kegagalan anda dalam proses pengesahan umur, nilai pesanan yang melebihi nilai maksimum, kesilapan yang dikenal pasti berkaitan harga atau perihalan produk atau kerana EBP tidak dapat memenuhi pesanan berdasarkan permintaan yang dibuat oleh anda seperti tarikh dan tempat penghantaran.

Semua harga produk dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (MYR) dan termasuk cukai seperti SST. Jika kadar cukai berubah antara tarikh pesanan anda dan tarikh penghantaran, EBP akan membuat pelarasan terhadap cukai yang perlu anda bayar, kecuali jika anda telah membuat pembayaran penuh untuk produk sebelum perubahan cukai berkuat kuasa.

Produk dan pembungkusannya mungkin berbeza sedikit daripada imej yang dipaparkan di Ploom.my. Produk dan pembungkusan juga mungkin berbeza daripada imej di Ploom.my untuk mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia serta untuk melaksanakan pelarasan teknikal dan penambahbaikan pada produk dan pembungkusan.

2.1 Bagaimana untuk membuat pesanan?

Setelah umur anda disahkan semasa memasuki Ploom.my, membuat pesanan adalah proses yang mudah menggunakan langkah-langkah berikut:

Cipta Akaun: Pembelian sebagai tetamu tidak dibenarkan. Anda perlu membuat akaun Ploom untuk membuat pesanan. Cuma klik “Cipta akaun' dan ikuti arahan yang diberikan. Anda perlu menyediakan maklumat peribadi seperti:

  • Nama

  • Alamat e-mel

  • Tarikh lahir

  • Alamat penghantaran

  • Nombor telefon

Memesan di Ploom.my: Pilih produk yang ingin anda beli, dengan mengklik "Beli sekarang  > "Tambah ke troli" > "Daftar keluar" dan masukkan butiran pembayaran anda dengan mengikuti langkah-langkah mudah yang dipaparkan di skrin. Klik "Seteruskan" pada halaman ‘cara pembayaran’ untuk menyelesaikan pesanan anda. Jika anda ingin memesan lebih daripada satu produk, klik "Teruskan membeli" dan tambah produk tambahan ke dalam bakul anda sebelum mengklik “Daftar keluar”.

Nilai pesanan maksimum. EBP berhak untuk menolak pesanan yang bernilai melebihi MYR 500.

 

3. Pembayaran

EBP menggunakan iPay88 sebagai Payment Gateway dilantik yang menyokong pembayaran melalui kad kredit atau kad debit, online banking dan e-wallet.

Anda akan memiliki produk tersebut setelah pembayaran penuh diterima oleh Payment Gateway yang dilantik.

 

4. Penghantaran

Kos penghantaran akan dipaparkan kepada anda semasa proses pembayaran seperti berikut:

  • Percuma jika pesanan anda bernilai MYR 50 atau lebih (selepas penggunaan kod promosi dan diskaun termasuk penebusan mata Ploom).
  • MYR 8.65 (termasuk SST) jika pesanan anda kurang daripada MYR 50 (selepas penggunaan kod promosi dan diskaun termasuk penebusan mata Ploom).

Anda akan menerima emel yang mengandungi butiran pesanan dan nombor penjejakan setelah pesanan anda dihantar. Anda boleh menjejaki pesanan anda di sini menggunakan nombor penjejakan tersebut.

Penghantaran hanya boleh diterima oleh individu yang berumur 18 tahun ke atas dengan pengenalan diri yang sah. Bukti penghantaran perlu ditandatangani oleh penerima dan salinannya diberikan kepada penerima.

Setelah pesanan anda disahkan, jangka masa penghantaran adalah seperti berikut:

  • 1 hingga 5 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia

  • 3 hingga 7 hari bekerja untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Penghantaran pada hari yang sama akan dicuba untuk pesanan yang dibuat sebelum 12PM dalam Klang Valley, tidak termasuk hari Ahad dan cuti umum (kecuali kawasan Selangor dengan poskod: 42940, 45100, 45200, 45209, 45300).

Jika EBP tidak dapat membekalkan anda dengan produk anda dalam masa ini, EBP akan menghubungi anda untuk memaklumkan perkara ini dan memberi anda tarikh penghantaran yang baharu. Anda boleh membatalkan pesanan anda dan meminta bayaran balik. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami di 1800 228 338 atau menulis kepada kami menggunakan borang Hubungi Kami jika anda ingin membatalkan pesanan anda.

 

5.  Pemulangan & Bayaran Balik

Dasar Pemulangan dan Bayaran Balik ini boleh diubah tanpa notis.

Untuk pembelian yang dibuat di Ploom.my, produk akan menjadi tanggungjawab anda dari masa EBP menyerahkan produk ke alamat yang telah anda berikan. Anda hendaklah memeriksa produk dengan segera dan menolak penerimaan jika terdapat sebarang kecacatan yang kelihatan semasa penghantaran. Ploom Care Team akan menghubungi anda setelah EBP memaklumkan tentang penolakan tersebut.

  • Jika anda gagal berbuat demikian dan bersetuju untuk menerima produk tersebut, produk yang dihantar akan dianggap telah diterima. Kelulusan dianggap telah diberikan kecuali jika anda mengemukakan notis kecacatan dalam masa tiga puluh (30) hari dari penghantaran.

  • Kecacatan yang tidak dapat dikesan semasa pemeriksaan mesti dilaporkan segera kepada Ploom Care Team selepas penemuan, jika tidak, produk yang dihantar akan dianggap telah diluluskan termasuk berkaitan kecacatan tersebut.

Jika produk yang dibeli rosak, pecah, atau salah, JTI mungkin menawarkan penggantian atau bayaran balik mengikut kesesuaian dengan mengambil kira Waranti Produk Ploom. Ini termasuk semua peranti Ploom yang dijual di semua saluran jualan di Malaysia.

Semua peranti Ploom layak untuk Hak Penarikan 30 Hari bermula dari tarikh pembelian (tarikh penghantaran untuk pembelian di Ploom.my) jika anda berubah fikiran dan ingin memulangkan peranti serta mendapatkan bayaran balik. Sebarang permintaan selepas 30 hari tidak akan menerima bayaran balik.

Produk dengan kecacatan disebabkan oleh keausan biasa atau kerosakan akibat penyalahgunaan tidak akan diganti secara percuma dan tiada bayaran balik akan diberikan.

Sila hubungi Ploom Care Team di 1800 228 338 jika anda ingin memulakan penggantian atau pemulangan berdasarkan perkara di atas. Walau bagaimanapun, JTI berhak menerima atau menolak permintaan anda.

Apabila menggantikan atau memulangkan produk, Ploom Care Team mungkin meminta anda untuk memulangkan produk fizikal melalui pengambilan atau penghantaran dan arahan akan diberikan sewajarnya. Anda juga mungkin diminta untuk memberikan butiran peribadi anda seperti alamat untuk pengambilan dan pemulangan.

Sebarang kos yang berkaitan dengan penggantian produk rosak akan ditanggung oleh JTI. Ini termasuk kos penghantaran pulangan produk.

Bayaran balik akan dibuat kepada anda berdasarkan harga produk termasuk kos penghantaran dan kos penghantaran balik. Untuk pembelian di Ploom.my, JTI akan mengembalikan wang kepada anda melalui kaedah pembayaran asal secepat mungkin. Jika kaedah pembayaran yang anda gunakan telah tamat tempoh dalam tempoh tersebut, Ploom Care Team akan menghubungi anda untuk mendapatkan butiran lanjut bagi mengatur bayaran balik. Untuk pembelian di saluran jualan lain, barayan balik akan dibuat melalui Bank Transfer dan Ploom Care Team akan meminta butiran bank anda setelah kelulusan.

SILA AMBIL PERHATIAN: Bayran balik boleh mengambil masa sehingga 30 hari bekerja untuk diproses, walaupun masa boleh berbeza bergantung kepada penyedia bank anda. Produk yang dipulangkan oleh anda tidak lagi menjadi milik anda. Sebarang hak untuk pembatalan atau pengurangan harga adalah dikecualikan.

 

6. Had Liabiliti

Semua liabiliti dan pampasan untuk ganti rugi, termasuk ganti rugi tidak langsung atau ganti rugi pihak ketiga, berkaitan dengan produk adalah dikecualikan sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Setakat mana yang dibenarkan undang-undang, tiada tuntutan waranti, liabiliti atau pampasan akan diterima untuk apa-apa jenis kerosakan yang disebabkan oleh ketidakupayaan untuk menghantar atau kelewatan penghantaran, pemberian alamat penghantaran yang salah atau kecurian atau lain-lain insiden berkaitan dengan penghantaran produk.

 

7. Undang-undang yang Mentadbir

Syarat Jualan ini dikawal oleh undang-undang Malaysia dan adalah tertakluk pada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Syarat Jualan ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan diguna pakai.  

 

8. Hubungi Kami 

Sila hubungi Ploom Care Team di 1800-228-338 atau hubungi kami melalui borang Hubungi Kami jika anda mempunyai sebarang soalan atau masalah mengenai Syarat Jualan ini.

 

 

 

Adakah anda berumur lebih daripada 18 tahun?

Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.

Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.

Sahkan
Please insert correct date