SILA BACA SYARAT PENGGUNAAN INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN WEB KAMI.
Terma-terma ini bersama dengan dokumen-dokumen yang dirujuk di dalamnya adalah terpakai kepada pengguna laman web ploom.my kami, laman mikro yang berkaitan serta mana-mana aplikasi digital ("Laman Web"), sama ada sebagai tetamu atau pengguna berdaftar. Penggunaan Laman Web kami adalah termasuk pengaksesan, pelayaran, atau pendaftaran untuk menggunakan Laman Web kami.
Laman web ini bertujuan untuk digunakan oleh individu dewasa berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia (“Pengguna Dimaksudkan”). Jika anda tidak memenuhi syarat ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web ini
Sila baca Syarat Penggunaan ini dengan teliti sebelum anda menggunakan Laman Web kami kerana ia terpakai ke atas penggunaan Laman Web ini oleh anda. Dengan menggunakan Laman Web kami, anda mengesahkan bahawa anda menerima Syarat Penggunaan ini dan anda bersetuju untuk mematuhinya.
Jika anda tidak bersetuju dengan Syarat Penggunaan ini, anda tidak boleh menggunakan Laman Web kami.
1.1 Maklumat mengenai kami
Laman web ini dimiliki oleh JT International Trading Sdn. Bhd. ("JTI Malaysia") dan dikendalikan oleh rakan sekutu dan agensi yang dilantik. Laman web ini adalah untuk perokok dewasa yang berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia termasuk antara yang telah mendaftar secara sukarela ke Laman Web kami dan boleh memberikan pengenalan sah yang dikeluarkan kerajaan untuk tujuan pengesahan umur sekiranya perlu. Semasa mendaftar untuk menyertai Laman Web ini, anda akan diminta untuk membaca dan bersetuju dengan Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi kami. Oleh itu, dengan melakukan pendaftaran, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca, mematuhi dan terikat dengan Syarat Penggunaan ini.
1.2 Perubahan pada syarat Ini
Kami boleh mengubah Syarat Penggunaan ini pada bila-bila masa dengan melakukan pindaan pada halaman ini.
Sila semak halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui tentang sebarang perubahan dan untuk memastikan bahawa anda memahami terma-terma yang terpakai. Sebarang perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh ia dipaparkan di Laman Web kami dan anda terikat dengannya jika anda terus menggunakan Laman Web kami.
Syarat Pengunaan ini juga merujuk kepada terma tambahan berikut, yang turut terpakai ke atas penggunaan Laman Web kami oleh anda:
Jika anda membeli produk dari Laman Web kami, Syarat Jualan kami akan terpakai ke atas pembelian anda.
2.1 Perubahan pada Laman Web kami
Kami mungkin akan mengemas kini Laman Web kami dari semasa ke semasa, dan boleh mengubah kandungannya pada bila-bila masa untuk mencerminkan perubahan pada produk-produk kami, keperluan pengguna atau keutamaan perniagaan kami. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa mana-mana kandungan di Laman Web kami mungkin sudah lapuk pada bila-bila masa dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kandungan tersebut, walaupun kami akan mengambil langkah munasabah untuk berbuat demikian.
2.2 Mengakses Laman Web kami
Anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk mengakses Laman Web kami dan akses adalah tertakluk pada pengesahan umur anda.
Laman Web kami disediakan secara percuma.
Kami tidak menjamin bahawa Laman Web kami, atau sebarang kandungan di dalamnya, akan sentiasa tersedia atau tidak terganggu. Kami mungkin menggantung, menarik balik, menyekat, menghentikan atau mengubah semua atau mana-mana bahagian Laman Web kami tanpa notis, walaupun kami akan cuba untuk memberi anda notis yang munasabah tentang perubahan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab sekiranya Laman Web kami tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk sebarang tempoh masa dan atas apa-apa sebab.
Anda bertanggungjawab untuk membuat semua pengaturan yang diperlukan untuk mendapatkan akses ke Laman Web kami.
Anda juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua individu yang mengakses Laman Web kami melalui sambungan Internet anda mengetahui Syarat Penggunaan ini dan lain-lain terma dan syarat yang berkaitan, dan mereka mematuhinya.
2.3 Hak harta intelek
Kami adalah pemilik atau pemegang lesen semua hak harta intelek Laman Web kami, dan bahan yang diterbitkan di dalamnya. Karya-karya tersebut dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian-perjanjian di seluruh dunia. Semua hak tersebut adalah terpelihara.
Anda boleh mencetak satu salinan, dan boleh memuat turun ekstrak mana-mana halaman dari Laman Web kami untuk kegunaan peribadi anda dan untuk menggalakkan individu lain dalam organisasi anda (yang berumur 18 tahun ke atas dan merupakan perokok sedia ada) memberi perhatian kepada kandungan yang dipaparkan di Laman Web kami.
Anda tidak boleh (melainkan dengan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu):
Status kami (dan mana-mana penyumbang yang dikenal pasti) sebagai pengarang kandungan di Laman Web kami mesti sentiasa diakui.
Jika anda mencetak, membuat salinan, memuat turun atau sebaliknya menggunakan mana-mana bahagian Laman Web kami dengan melanggar Syarat Penggunaan ini, hak anda untuk menggunakan Laman Web kami terbatal serta-merta dan, tertakluk pada pilihan kami, anda mesti memulangkan atau memusnahkan sebarang salinan bahan yang telah anda lakukan.
2.4 Tiada pergantungan pada maklumat
Kandungan di Laman Web kami disediakan sebagai maklumat am sahaja. Ia tidak bertujuan untuk membentuk nasihat yang dijadikan rujukan. Anda mesti mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil atau mengelakkan diri daripada sebarang tindakan berdasarkan kandungan di Laman Web kami.
Walaupun kami mengambil langkah yang munasabah untuk mengemas kini maklumat di Laman Web kami, kami tidak membuat perwakilan atau jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, bahawa kandungan di Laman Web kami adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan, tepat, lengkap atau terkini (termasuk perkara berkaitan dengan perihalan atau harga produk).
2.5 Virus
Kami tidak menjamin bahawa Laman Web kami selamat atau bebas daripada gangguan atau virus.
Anda bertanggungjawab untuk membuat pengaturan teknologi maklumat, program komputer dan platform anda untuk mengakses Laman Web kami. Anda perlu menggunakan perisian perlindungan virus anda sendiri.
Anda tidak boleh menyalahgunakan Laman Web kami dengan sengaja memperkenalkan virus, trojan, worm, bom logik atau bahan lain yang berniat jahat atau berbahaya dari segi teknologi. Anda tidak boleh cuba untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran ke Laman Web kami, pelayan di mana Laman Web kami disimpan atau mana-mana pelayan, komputer atau pangkalan data yang disambungkan ke Laman Web kami. Anda tidak boleh menyerang Laman Web kami melalui serangan penafian perkhidmatan atau serangan penafian perkhidmatan yang diagihkan. Dengan melanggar peruntukan ini, anda melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer 1990. Kami akan melaporkan sebarang pelanggaran seperti yang tersebut kepada pihak penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dan kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tersebut dengan mendedahkan identiti anda kepada mereka. Sekiranya berlaku pelanggaran yang sedemikian, hak anda untuk menggunakan Laman Web kami akan terbatal serta-merta.
2.6 Had liabiliti kami
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, anda memahami dan bersetuju bahawa JTI mahupun mana-mana rakan sekutunya atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung, sampingan, khas, teladan, berbangkit, punitif atau apa-apa kerugian lain berkaitan dengan atau akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan Laman Web atau daripada sebarang tindakan yang kami ambil atau gagal lakukan akibat daripada komunikasi anda dengan kami. Ini termasuk kerugian untuk kesilapan, peninggalan, ketidaktepatan, gangguan, kerosakan, kelewatan, kehilangan data, akses tanpa kebenaran dan pengubahan penghantaran dan data anda serta lain-lain kerugian yang ketara dan tidak ketara.
Kami tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pengguna untuk sebarang kerugian atau kerosakan, sama ada dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian), pelanggaran kewajipan berkanun atau sebaliknya yang, walaupun jika boleh dijangka, telah timbul di sebabkan atau berkaitan dengan:
Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipautkan ke Laman Web kami. Pautan sedemikian tidak boleh ditafsirkan sebagai pengesahan kami ke atas laman web yang dipautkan tersebut. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerugian yang mungkin timbul akibat penggunaan anda kerana kami tidak mempunyai kawalan ke atas kandungan di laman web tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa kami hanya menyediakan laman kami untuk kegunaan domestik dan persendirian dan kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan keuntungan/hasil, kehilangan data, kehilangan perniagaan, gangguan perniagaan, nama baik atau kehilangan peluang perniagaan.
2.7 Pautan ke Laman Web kami
Anda boleh membuat pautan ke halaman utama kami, dengan syarat anda berbuat demikian dengan cara yang adil dan sah dan tidak menjejaskan reputasi kami atau mengambil kesempatan ke atasnya. Khususnya, anda tidak boleh membuat pautan ke halaman utama kami daripada laman web yang diketahui digunakan oleh pengguna di bawah umur 18 tahun.
Anda tidak boleh:
Laman Web kami tidak boleh dibingkai pada mana-mana laman lain, dan anda juga tidak boleh membuat pautan ke mana-mana bahagian Laman Web kami selain daripada halaman utama.
Kami berhak untuk menarik balik kebenaran pautan tanpa notis.
Jika anda ingin menggunakan sebarang kandungan di Laman Web kami selain daripada yang dinyatakan di atas, sila hubungi kami melalui borang Hubungi Kami.
2.8 Ganti rugi
Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak memudaratkan JTI dan mana-mana rakan sekutu atau subsidiarinya, dan pegawai, pengarah, pekerja, ejen, pemberi lesen dan pembekalnya daripada dan terhadap semua kerugian, liabiliti, perbelanjaan, ganti rugi dan kos, termasuk yuran guaman yang munasabah dan kos mahkamah yang timbul daripada atau akibat sebarang pelanggaran Syarat Penggunaan ini (termasuk tetapi tidak terhad kepada kecuaian atau salah laku) oleh anda atau mana-mana individu lain yang mengakses Laman Web dengan menggunakan butiran pendaftaran unik anda.
Anda perlu mendaftar akaun di Laman Web kami untuk membeli produk. Anda juga boleh mendaftar di Laman Web kami sebagai pengguna. Anda harus merupakan perokok dewasa yang berumur 18 tahan dan ke atas untuk mendaftar akaun di Laman Web kami. Pendaftaran akan berjaya sekiranya anda memberi butiran yang benar, lengkap dan tepat.
Dengan mendaftar akaun di Laman Web, anda bersetuju :-
Anda tidak boleh memindah atau memberikan akaun anda kepada pihak lain. Alamat emel dan nombor telefon bimbit anda yang anda berikan semasa pendaftaran mesti unik dan hanya boleh digunakan oleh anda.. Jika anda cuba mendaftar di Laman Web beberapa kali menggunakan alamat emel atau nombor telefon bimbit yang sama, pendaftaran untuk alamat emel atau nombor tersebut akan disekat. Kami berhak memadamkan akuan anda pada bila bila masa.
Memberikan maklumat peribadi yang tidak tepat semasa pendaftaran atau cuba mencipta beberapa akaun pengguna boleh mengakibatkan pemadaman akaun pengguna secara serta-merta.
3.1 Akaun dan kata laluan anda
Semua kod akses untuk Laman Web kami dan kod pengenalan lain, kata laluan atau sebarang maklumat lain yang diberikan kepada anda atau dipilih oleh anda sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan kami mesti dianggap sebagai sulit. Anda tidak boleh mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga.
Kami berhak untuk membatalkan mana-mana kod pengenalan pengguna atau kata laluan, sama ada yang dipilih oleh anda atau yang diberikan oleh kami, pada bila-bila masa jika pada pendapat munasabah kami, anda telah gagal untuk mematuhi mana-mana peruntukan syarat penggunaan ini.
Jika anda mengetahui atau mengesyaki bahawa terdapat sesiapa selain anda yang mengetahui kod pengenalan atau kata laluan pengguna anda, anda mesti segera memaklumkan perkara ini kepada kami dengan menggunakan borang Hubungi Kami.
3.2 Padamkan akaun anda
Anda boleh memilih untuk memadamkan akaun anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun:
Untuk memadamkan akaun anda, log masuk ke akaun Ploom anda dan pilih Padamkan Akaun Anda di bawah Papan Pemuka Akaun anda.
Dengan mencipta akaun pengguna, anda secara automatik menyertai program kesetiaan Ploom Club. Ketahui lebih lanjut tentang Ploom Club di Terma & Syarat Ploom Club.
Kami telah mencipta akaun-akaun media sosial kami untuk membolehkan perbincangan berkaitan dengan kami dan aktiviti kami diadakan.
Peraturan Penglibatan (“Peraturan”) ini disediakan untuk memastikan perbualan yang bermakna, membina dan telus berlaku di saluran media sosial kami. Kami kini hadir di Facebook, Instagram dan YouTube. (Dalam dokumen ini, semua akaun-akaun tersebut dirujuk bersama sebagai "Akaun Media Sosial").
Akaun Media Sosial bertujuan untuk membolehkan perokok dewasa yang ingin terus menikmati produk tembakau serta pengguna dewasa Ploom yang menetap di Malaysia melibatkan diri dan berinteraksi dengan Akaun Media Sosial kami.
5.1 Bagaimana cara anda menerima syarat ini?
Dengan menggunakan mana-mana Akaun Media Sosial kami, anda bersetuju untuk mematuhi Terma ini. Anda juga bersetuju untuk mematuhi mana-mana syarat penggunaan khusus untuk platform yang berkenaan (cth. Penyata Hak dan Tanggungjawab Facebook, Syarat Penggunaan Instagram, dll.).
5.2 Pengendalian kandungan
Kami memantau laman media sosial kami untuk memastikan hantaran adalah relevan dan mematuhi Peraturan ini. Kami boleh dihubungi di laman media sosial kami untuk menjawab sebarang persoalan anda.
Kami berhak (mengikut budi bicara mutlak kami) untuk menghalang hantaran di laman media sosial kami atau mengeluarkan hantaran yang telah dilakukan jika kami percaya bahawa hantaran tersebut telah melanggar Peraturan ini atau mana-mana syarat penggunaan platform lain yang berkenaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada anda tentang tindakan kami.
Satu atau lebih pelanggaran ke atas Peraturan ini atau mana-mana syarat penggunaan platform lain yang berkenaan boleh menyebabkan anda disekat atau diharamkan di laman media sosial kami. Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk menyekat atau membatalkan akaun di laman media sosial kami.
5.3 Hantaran anda
Anda bertanggungjawab ke atas semua hantaran yang anda lakukan di laman media sosial kami. Kami tidak berjanji untuk menjawab semua hantaran yang diterima.
Kami menjangka bahawa semua hantaran adalah sopan dan berkaitan dengan topik yang dibincangkan, dan kami berhak untuk mengeluarkan sebarang hantaran. Sehubungan itu, hantaran anda tidak boleh:
Pandangan yang dinyatakan oleh pengguna di laman media sosial kami tidak mewakili pandangan atau nilai kami sendiri.
5.4 Kandungan yang dihasilkan pengguna "UGC"
Lesen untuk menggunakan Kandungan Yang Dihasilkan Pengguna (“UGC”). Kami ingin mengguna semula kandungan yang anda serah dan hantarkan. Jika anda ingin kami menggunakan kandungan anda, sila hantarkannya kepada kami melalui Mesej Peribadi (DM) di Akaun Media Sosial kami.
Untuk mana-mana UGC yang anda kongsikan dengan kami, anda mengaku dan memberi jaminan bahawa:
i. mengambil gambar, merakam atau mengambil video mereka,
ii. menyertakan gambar, bunyi dan/atau video mereka dalam UGC
iii. jika berkenaan, menggunakan nama mereka untuk dikongsi oleh JTI dan rakan sekutunya untuk tujuan yang disenaraikan di bawah tanpa sebarang pampasan yang perlu dibayar kepada mereka
iv. menyediakan JTI dengan salinan kebenaran bertulis mereka jika JTI meminta anda berbuat demikian.
Anda akan terus mengekalkan semua hak anda ke atas UGC tetapi anda dengan ini memberikan JTI dan rakan sekutunya lesen berterusan tanpa royalti untuk menggunakan dan membuat salinan, termasuk untuk tujuan komersial, UGC untuk semua tujuan yang sah termasuk pemasaran, promosi dan/atau pengiklanan jenama tidak mudah terbakar JTI, serta produk, perkhidmatan dan bahan promosi yang berkaitan dengannya, mengikut budi bicara mutlak JTI dan tanpa sebarang liabiliti atau waranti (secara nyata atau tersirat) berhubung dengan penggunaannya oleh kami dari tarikh anda memberi Lesen anda kepada JTI dan rakan sekutunya.
Anda memberikan JTI dan rakan sekutunya hak untuk menghasilkan semula, mengubah suai, memaparkan dan menyediakan karya terbitan, menghantar secara terbuka, mempamerkan, mengedar, menyiarkan dan sebaliknya menggunakan UGC, secara keseluruhan atau sebahagian dalam apa jua cara yang diingini JTI (atau mana-mana rakan sekutunya) untuk tujuan di atas dan untuk penerbitan dalam mana-mana media yang dijangka dan di mana-mana kawasan.
Anda membenarkan JTI dan rakan sekutunya untuk menggunakan nama, nama panggilan, rupa, nama samaran, hak publisiti, suara, persembahan secara langsung atau rakaman, autograf, gambar dan maklumat biografi anda dan mana-mana individu lain yang terlibat dalam UGC selaras dengan notis privasi kami yang tersedia di sini (pautan ke halaman privasi) dan anda mengesahkan bahawa anda telah memaklumkan kepada semua individu yang terlibat dalam UGC tentang syarat tersebut;
Jika UGC melanggar mana-mana hak proprietari mana-mana pihak ketiga atau memfitnah atau menceroboh hak privasi atau publisiti mana-mana individu, anda hendaklah menanggung rugi, mempertahankan dan memastikan JTI dan rakan sekutunya bebas daripada sebarang dan semua tuntutan, ganti rugi, liabiliti, kerugian, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran ini.
Anda bersetuju bahawa Lesen anda diberi secara sukarela dan anda bebas untuk membuat perjanjian ini dengan JTI.
Anda boleh menamatkan perjanjian Lesen anda untuk penggunaan UGC di masa hadapan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui borang Hubungi Kami atau dengan cara lain seperti yang ditetapkan dalam syarat penggunaan di saluran-saluran kami, walau bagaimanapun selepas penarikan sedemikian, Lesen anda akan kekal sah dan boleh dikuatkuasakan untuk UGC yang mana anda telah memberikan Lesen anda kepada kami dan/atau yang telah disiarkan di saluran dan akaun kami jika berkenaan, mengikut terma penggunaan sebelum penamatan. Sila ambil perhatian bahawa permohonan penamatan anda mungkin akan mengambil sedikit masa untuk diproses tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
Anda boleh menghubungi Ploom Care Team kami untuk sebarang pertanyaan atau penjelasan mengenai Lesen anda, jika anda percaya bahawa kandungan yang dilindungi hak cipta atau harta intelek anda telah digunakan tanpa kebenaran atau jika hak privasi atau keperibadian anda telah dilanggar.
Harap maklum, hantaran daripada anda atau individu lain tidak semestinya mewakili pandangan atau nilai JTI. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan atau pautan yang dikongsi oleh anda atau individu lain. Jika anda ingin berkongsi halaman ini atau kandungannya dengan komuniti anda sendiri, sila pastikan setiap individu yang boleh melihat hantaran anda adalah perokok yang berumur sah dari segi undang-undang atau pengguna dewasa Ploom.
5.5 Penafian dan liabiliti media sosial
Penggunaan Akaun Media Sosial kami oleh anda adalah atas risiko anda sendiri. Laman media sosial kami disediakan atas dasar "seadanya" dan "sebagaimana tersedia". Jika boleh, kami mungkin akan menyekat akses anda kepada Akaun Media Sosial kami atau mana-mana ciri atau sebahagian daripadanya pada bila-bila masa. Kami menafikan semua waranti dalam apa jua bentuk, sama ada secara nyata atau tersirat, termasuk waranti tersirat kebolehdagangan, kualiti yang memuaskan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu dan sebarang waranti bahawa kandungan di laman media sosial kami tidak melakukan pelanggaran; bahawa akses kepada laman kami tidak akan terganggu atau bebas ralat; bahawa laman media sosial kami adalah selamat; atau maklumat di laman media sosial kami adalah lengkap, tepat atau terkini.
Jika terdapat tuntutan terhadap kami berkaitan dengan tindakan atau sumbangan anda, anda akan menanggung rugi dan memastikan bahawa kami bebas daripada semua tuntutan kerugian, kehilangan dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk (termasuk yuran dan kos guaman yang munasabah) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut.
Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, anda memahami dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung, tidak langsung, sampingan, khas, berbangkit, punitif, atau apa-apa kerugian lain yang berkaitan dengan atau akibat daripada penggunaan atau ketidakupayaan anda untuk menggunakan laman media sosial kami. Ini termasuk kerugian untuk kesilapan, peninggalan, gangguan, kerosakan, kelewatan, virus komputer, kehilangan keuntungan yang dialami oleh anda, kehilangan data, akses tanpa kebenaran dan pengubahan penghantaran dan data anda, dan lain-lain kerugian ketara dan tidak ketara. Had ini terpakai tanpa mengira sama ada ganti rugi dituntut di bawah terma kontrak, akibat kecuaian, atau sebaliknya, dan walaupun jika kami atau wakil kami telah cuai atau telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerugian tersebut.
Syarat Pengunaan ini serta penggunaan Laman Web oleh anda dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan anda memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan ke atas bidang kuasa mutlak mahkamah di Malaysia untuk sebarang tindakan bagi menguatkuasakan Syarat Pengunaan ini. Fungsi Platform telah direka untuk mematuhi undang-undang Malaysia.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Syarat Penggunaan ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan diguna pakai.
Sila hubungi kami menerusi Ploom Care Team di talian 1800-228-338 atau melalui borang Hubungi Kami.
Terima kasih kerana melayari Laman Web kami.
Kemas kini terakhir: Oktober 2024
Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.
Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.