Dasar Privasi

1. Dasar Privasi

JT International Trading Sdn. Bhd. ("JTI", "kami") menghormati privasi pengguna kami.

Dasar Privasi ini ("Dasar Privasi") (bersama dengan Syarat Penggunaan Laman   Web kami dan sebarang dokumen lain yang dirujuk di dalamnya) menetapkan cara kami menggunakan dan memproses data peribadi pelanggan produk dan perkhidmatan kami dan individu lain, termasuk pengunjung laman web kami (www.ploom.my), platform dalam talian, sistem dan aplikasi di bawah tanggungjawab kami untuk ("Platform" kami) dan pengguna Platform kami yang bertauliah (cth. mentor dan pakar yang dilantik oleh agensi kontrak kami) (“anda”) dalam pematuhan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, khususnya, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“Akta”). Untuk tujuan Dasar Privasi ini, istilah "data peribadi" dan "proses" dan/atau "pemprosesan" mempunyai maksud seperti yang ditetapkan dalam Akta tersebut.

Sila baca Dasar Privasi ini bersama dengan mana-mana dokumen atau maklumat lain yang mungkin kami berikan kepada anda dari semasa ke semasa berkaitan dengan inisiatif dan aktiviti tertentu yang kami lakukan untuk memahami pandangan dan amalan kami berhubung dengan data peribadi anda.

2. Kewajipan Anda Untuk Memaklumkan Sebarang Perubahan Kepada Kami

Amat penting bagi kami untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemas kini. Sila maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan ke atas data peribadi anda sepanjang anda berurusan dengan kami.

3. Maklumat Yang Kami Kumpul 

Untuk tujuan seperti yang diperincikan dalam seksyen 6 Dasar Privasi ini, kami mungkin memproses kategori-kategori data peribadi yang berikut:

  • Nama penuh;
  • Umur;  
  • Tarikh lahir;
  • Butiran hubungan (cth. alamat, alamat e-mel dan nombor telefon);
  • Maklumat berhubung dengan produk/perkhidmatan kami yang telah anda beli atau gunakan, termasuk maklumat akaun anda, sejarah pembelian, pesanan, maklum balas pelanggan, penyelidikan pasaran dan data jualan yang lain;
  • Butiran interaksi anda dengan kami, termasuk mesej perkhidmatan dan nota komunikasi serta perbualan anda dengan kami;
  • Butiran lawatan anda ke kedai atau acara, kekerapan lawatan anda, kawasan yang anda lawati serta tempoh lawatan, dan pembelian yang anda lakukan;
  • Butiran sama ada anda telah merujuk rakan anda kepada kami;
  • Rakaman suara anda yang kami lakukan dan simpan pada pelayan kami apabila anda menghubungi Pasukan Khidmat Pelanggan Ploom kami;
  • Pilihan dan amalan peribadi berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan;
  • Maklumat teknikal tentang penggunaan Platform dan pusat hubungan kami, termasuk masa dan tempoh, alamat Internet Protocol (IP) yang digunakan untuk menyambungkan peranti anda ke Internet, maklumat log masuk anda, jenis dan versi pelayar web, tetapan zon waktu, data trafik, jenis dan versi pemalam pelayar web, sistem pengendalian dan platform serta maklumat tentang penggunaan kuki dan teknologi penjejakan. Kuki yang sangat diperlukan akan sentiasa dihidupkan dan anda juga boleh membenarkan penggunaan kuki tambahan. Untuk maklumat lanjut tentang kuki dan cara untuk membenarkan atau menyekat penggunaan kuki, sila lihat Dasar Kuki kami.
  • Maklumat pemasaran dan komunikasi, termasuk pilihan pemasaran untuk menerima komunikasi pemasaran daripada JTI dan/atau pihak ketiga.
  • Nama panggilan, rupa, nama samaran, hak publisiti, persembahan secara langsung atau rakaman, autograf, gambar dan maklumat biografi anda.
  • Semua butiran lain yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa serta semua data peribadi lain yang kami kumpulkan semula daripada anda pada bila-bila masa yang berikutnya.

Apabila anda memberikan maklumat kewangan dan kad kredit pada Platform kami, sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengakses atau menyimpan data peribadi tersebut. Kami menggunakan pihak ketiga yang dipercayai untuk memproses pembayaran anda dan kami tidak mempunyai akses kepada maklumat kewangan dan kad kredit anda.

Kami akan mengenal pasti kategori data peribadi yang wajib diberikan oleh anda di dalam borang kami (secara kolektif, "data peribadi wajib"). Kami boleh menolak untuk memproses data peribadi bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini jika anda gagal memberikan data peribadi wajib.

4. Di Mana Kami Memperolehi Data Peribadi Secara Terus Daripada Anda 

Kami boleh mendapatkan data peribadi daripada anda dengan beberapa cara, termasuk apabila anda:

 

  • mendaftar untuk menjadi ahli pangkalan data kami (termasuk program-program kesetiaan), yang melibatkan pelaksanaan pengesahan umur secara peribadi atau dalam talian;
  • mendaftar terus dengan kami untuk mengambil bahagian dalam inisiatif dan aktiviti perniagaan kami (cth. tinjauan, tawaran, pertandingan, cabutan hadiah, kempen, Percubaan 14 Hari Ploom, Ploom Club, peralatan perdagangan, dll.) secara peribadi atau dalam talian;
  • menggunakan Platform kami;
  • mengisi sebarang borang di Platform kami, atau platform dan laman mikro kami yang berkaitan;  
  • mendaftarkan peranti dengan kami;
  • mendaftar untuk menerima makluman e-mel atau pemasaran;
  • menyertai acara yang kami anjurkan;
  • mendaftar untuk Percubaan 14 Hari Ploom;
  • berkomunikasi dengan kami melalui Pasukan Khidmat Pelanggan Ploom kami, Platform kami, telefon, e-mel, media sosial atau cara-cara yang lain (cth. SMS Percubaan, Sembang Langsung, dll.). Ini adalah termasuk maklumat yang anda berikan sewaktu anda mendaftar untuk menggunakan Platform kami, melanggan perkhidmatan kami, mencari produk, membuat pesanan di Platform kami, menyertai pertandingan atau tinjauan, melaporkan masalah dengan Platform kami dan apabila anda membuat hantaran di laman media sosial kami.

5. Di Mana Kami Memperolehi Data Peribadi Anda Daripada Sumber Lain 

Selain mendapatkan data peribadi secara terus daripada anda, kami juga boleh mengumpul data peribadi anda secara tidak langsung melalui cara-cara berikut:

 

  • apabila anda menggunakan mana-mana platform lain yang kami kendalikan atau perkhidmatan lain yang kami sediakan, yang mungkin dijalankan oleh penyedia platform kami dan pihak ketiga yang berkaitan dengan mereka;
  • daripada pihak ketiga lain yang bekerjasama rapat dengan kami (termasuk, sebagai contoh, syarikat lain di bawah kumpulan JTI, penyedia pengehosan, penyedia perkhidmatan pembayaran, pembekal penghantaran, peruncit, penyedia perkhidmatan pelanggan, pembantu produk, penyedia platform kesetiaan dan ulasan, perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan, penyedia platform data pengguna, penyedia automasi pemasaran, penyedia perkhidmatan maklumat, penyedia pengesahan umur, penganjur acara, pembekal maklum balas pengguna, sub-kontraktor dalam perkhidmatan teknikal, pembayaran dan penghantaran, penyedia analisis, penyedia maklumat carian, agensi rujukan kredit, agensi pemasaran);
  • daripada rangkaian ejen, pelanggan dan rakan kongsi kami yang dipercayai, termasuk di acara yang dianjurkan oleh rakan kongsi perniagaan kami, kedai, ejen, pakar dan mentor, di mana anda berinteraksi dengan mereka secara dalam atau luar talian.

Dalam Dasar Privasi ini, kami merujuk kepada semua kaedah yang anda   gunakan untuk berhubung dengan kami sebagai "titik sentuh JTI". Titik sentuh JTI ini adalah termasuk kedua-dua fizikal (sebagai contoh, kedai dan acara) dan digital (sebagai contoh, laman web).

Seperti yang dinyatakan di atas, kami boleh memperolehi maklumat mengenai diri anda secara automatik melalui penggunaan kuki dan teknologi penjejakan yang seumpamanya (seperti suar/piksel web) yang akan anda terima apabila anda mengunjungi titik sentuh digital JTI atau menerima mesej elektronik daripada kami. Kuki khusus dan mekanisme lain yang digunakan akan bergantung pada titik sentuh yang dikunjungi. Untuk mengetahui tentang mekanisme yang digunakan pada titik sentuh JTI, termasuk cara untuk anda membenarkan atau menyekat penggunaan kuki, sila lihat maklumat yang disediakan pada atau melalui titik sentuh tersebut. Mekanisme yang digunakan mungkin termasuk kuki Google Analytics (lihat www.google.com/policies/privacy/partners/.)

Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin akan mengumpul maklumat tentang diri anda daripada pihak ketiga. Ini adalah termasuk       maklumat yang dikongsi di antara ahli gabungan JTI, maklumat profil yang tersedia secara umum (seperti pilihan dan minat anda) di laman media sosial pihak ketiga (seperti Facebook dan Twitter), senarai pemasaran dan maklumat tambahan yang diperolehi daripada agensi pihak ketiga.

Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami mungkin akan menyimpulkan   maklumat tentang diri anda daripada maklumat mengenai anda yang telah kami miliki. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan maklumat agregat tentang orang-orang di kawasan geografi tertentu, yang kami peroleh daripada pihak ketiga, untuk membuat kesimpulan pilihan anda.

Kami juga mungkin akan mengumpul data peribadi anda dalam konteks lain yang ketara pada anda pada masa tersebut.

6. Tujuan Yang Membolehkan Kami Menggunakan Data Peribadi Anda  

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpul dan seterusnya diproses oleh kami untuk tujuan-tujuan berikut:

 

  • Untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami dengan mengesahkan umur anda dan hanya menjual produk yang dikenakan peraturan had umur kepada orang dewasa.
  • Untuk memproses dan menunaikan kewajipan kontrak kami kepada anda sebagai pembeli produk kami, termasuk memenuhi pesanan, menghantar resit, memproses pembayaran dan menyediakan perkhidmatan jaminan.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan jualan termasuk menguruskan pertanyaan dan permintaan anda, pentadbiran am, penyelesaian masalah dan urusan yang berkaitan dengan anda. Kami juga mungkin akan menggunakan data anda untuk mentadbir program percubaan, jaminan dan kesetiaan.
  • Untuk memasarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda (atau memberikan anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan pihak ketiga) melalui e-mel, surat, telefon, SMS, media sosial atau platform dalam talian yang lain.
  • Untuk membenarkan pihak ketiga yang lain menghubungi anda secara langsung dengan mesej pemasaran.
  • Untuk menentukan produk dan perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat atau bersesuaian dengan anda.
  • Untuk memperibadikan pengalaman pelanggan anda di laman web kami berdasarkan apa yang telah kami pelajari tentang minat, pilihan dan cara anda menggunakan Platform kami.
  • Untuk melaksanakan tinjauan pelanggan dan penyelidikan pasaran.
  • Untuk menjemput anda untuk menyertai acara-acara kami.
  • Untuk tujuan pengurusan dan pentadbiran dalaman.
  • Untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh anda atau berkaitan secara langsung atau bersampingan dengan perkara di atas.
  • Untuk tujuan-tujuan lain yang dibenarkan oleh anda atau yang berkaitan secara langsung atau bersampingan dengan perkara di atas.

7. Pemasaran Langsung 

Kami mungkin akan menghantar mesej pemasaran langsung kepada anda berkaitan produk dan perkhidmatan kami melalui saluran komunikasi (e-mel, surat, telefon, SMS, media sosial atau paparan pop up di platform dalam talian yang lain).

Kami akan sentiasa memberi anda peluang untuk menarik diri daripada menerima komunikasi pemasaran langsung daripada kami di masa hadapan. Anda boleh melakukan ini dengan mengemas kini Pilihan Kenalan akaun anda, menghentikan langganan pemasaran e-mel dengan mengklik pada pautan nyahlanggan dalam e-mel yang diterima, mengikut sebarang arahan menarik diri yang diberikan dalam komunikasi pemasaran atau dengan menghubungi kami. Harap maklum bahawa kami mungkin mengambil masa sehingga 30 hari untuk memproses permintaan anda.

8. Pautan Ke Laman Web Lain 

Platform kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang menarik. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman kami, sila ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas laman web lain tersebut. Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab ke atas perlindungan, keselamatan dan privasi sebarang maklumat yang anda berikan semasa melayari laman web tersebut dan laman tersebut tidak ditadbir oleh Dasar Privasi ini. Anda harus berhati-hati dan membaca dasar privasi yang terpakai untuk laman web berkenaan sebelum terus melayari laman web tersebut.

9. Pendedahan Data Peribadi Anda Kepada Pihak Ketiga 

Kami mungkin akan kongsikan data peribadi anda dengan pihak ketiga, jika perlu, termasuk:

 

  • dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami untuk menyokong kami dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan kami kepada anda, menjalankan operasi perniagaan kami dan mematuhi kewajipan undang-undang kami (cth. penyedia pengehosan, penyedia perkhidmatan pembayaran, pembekal penghantaran, peruncit, penyedia perkhidmatan pelanggan, pembantu produk, penyedia platform kesetiaan dan ulasan, penyedia perkhidmatan maklumat, penyedia pengesahan umur, penganjur acara, pembekal maklum balas pengguna, sub-kontraktor dalam perkhidmatan teknikal, pembayaran dan penghantaran, penyedia analisis, penyedia maklumat carian, agensi rujukan kredit, penyedia perkhidmatan pengurusan perhubungan pelanggan, penyedia platform data pengguna, penyedia automasi pemasaran, penyedia perkhidmatan SMS, perkhidmatan awan dan perkhidmatan teknologi maklumat).
  • untuk memberikan anda pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih disesuaikan dan berkesan, sesetengah pembekal perkhidmatan kami mungkin, dengan selamat, akan mengumpulkan maklumat yang kami berikan dengan maklumat yang diberikan oleh syarikat lain yang mana anda turut pernah memberikan maklumat anda. Pembekal perkhidmatan kami akan mengkaji maklumat ini dan menyediakan data teknikal yang membolehkan anda menerima pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan, termasuk dihubungi pada masa yang paling sesuai untuk anda. Jika anda ingin menerima maklumat lanjut mengenai maklumat yang dikumpul untuk tujuan ini, sila hubungi kami melalui Borang Hubungi Kami.
  • dengan rangkaian ejen, pelanggan dan rakan kongsi kami yang dipercayai, termasuk kedai, ejen, pakar dan mentor.
  • dengan syarikat-syarikat di bawah kumpulan JTI untuk menyediakan perkhidmatan dan barangan kami kepada anda, menjalankan operasi perniagaan kami dan mematuhi kewajipan undang-undang kami.
  • jika anda dirujuk melalui salah satu daripada program rujukan kami, kami akan kongsikan data identiti peribadi yang terhad dengan individu yang merujuk anda.
  • dengan pihak berkuasa dan jabatan kerajaan jika dikehendaki oleh undang-undang, termasuk sebagai tindak balas kepada permintaan daripada pihak penguatkuasa undang-undang atau pegawai kerajaan yang lain.
  • sekiranya kami menganggap pendedahan sebagai satu keperluan atau bersesuaian untuk mengelakkan bahaya fizikal atau kerugian kewangan atau berhubung kait dengan penyiasatan aktiviti yang disyaki atau yang sebenarnya menyalahi undang-undang.
  • dalam konteks penstrukturan semula organisasi.
  • sekiranya kami menjual atau membeli sebarang perniagaan atau aset, kami mungkin akan mendedahkan data peribadi anda kepada bakal penjual atau pembeli perniagaan atau aset tersebut.
  • jika JTI atau sebahagian besar asetnya diperoleh oleh pihak ketiga, data peribadi pelanggan yang dipegang olehnya akan menjadi salah satu aset yang dipindahkan.
  • sekiranya kami perlu mendedahkan data peribadi anda kepada penasihat profesional luar seperti akauntan, jurubank, syarikat insurans, juruaudit dan peguam.

10. Di Manakah Data Peribadi Anda Boleh Dihantar? 

Bergantung pada jenis data peribadi dan tujuan pemprosesan data, data    peribadi yang kami kumpulkan mungkin akan dipindahkan dari Malaysia ke       negara lain sebagai sebahagian daripada operasi piawai kami.

Setiap kali kami memindahkan data anda ke luar negara, kami akan mengehadkan akses kepada data anda hanya kepada mereka yang perlu melihatnya, memproses data anda mengikut piawaian perlindungan data dalaman kami, melindunginya dengan sewajarnya dan hanya memindahkan maklumat yang mematuhi undang-undang privasi data yang berkenaan. Apabila data dipindahkan, kami akan memerlukan pihak penerima untuk merahsiakan data anda, memadamkannya apabila ia tidak lagi diperlukan dan bertindak mengikut Dasar Privasi ini. Sehubungan dengan itu, data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke kawasan di luar bidang kuasa negara anda dan anda dengan ini bersetuju dengan pemindahan tersebut.

Apabila menggunakan maklumat seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi    ini, data peribadi anda mungkin dipindahkan sama ada di dalam atau di luar negara atau wilayah tempat ia dikumpulkan, termasuk ke negara atau wilayah yang mungkin tidak mempunyai piawaian perlindungan data yang setara.

Untuk setiap kes, langkah keselamatan yang sesuai untuk perlindungan data peribadi akan digunakan di negara atau wilayah tersebut, mengikut undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

11. Hak Anda Dan Cara Untuk Menghubungi Kami 

Tertakluk pada Akta, anda mempunyai hak-hak berikut:`

 

  • Hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda.  
  • Hak untuk meminta pembetulan ke atas data peribadi anda sekiranya data peribadi tersebut adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini.  
  • Hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung, seperti yang dirujuk di atas.
  • Hak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda termasuk hak untuk menarik balik kebenaran yang telah diberikan kepada kami sebelum ini (sepenuhnya atau sebahagian) untuk pemprosesan data peribadi anda, tertakluk pada sebarang sekatan undang-undang yang berkenaan dan tempoh masa yang munasabah untuk notis/permintaan tersebut dilaksanakan.

Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak yang dinyatakan di atas, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda, sila hubungi kami di:

Jawatan: Pasukan Khidmat Pelanggan Ploom 
Nombor Telefon: 1800 228 338 
Alamat e-mel: [email protected]

Kami mungkin akan mengenakan bayaran yang berpatutan untuk mengakses data peribadi anda. Kami juga boleh menolak permintaan anda dalam keadaan ini dan memaklumkannya kepada anda tentang keengganan kami serta sebab-sebab penolakan kami secara bertulis.

Kami mungkin perlu meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda dan melaksanakan hak anda untuk mengakses data peribadi anda (atau untuk menggunakan mana-mana hak anda yang lain). Ini adalah langkah keselamatan untuk memastikan data peribadi anda tidak didedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak berhak menerimanya. Kami juga mungkin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan permintaan anda untuk mempercepatkan tindak balas kami. 

12. Pindaan Pada Dasar Privasi Kami 

Sebarang perubahan yang mungkin kami lakukan pada Dasar Privasi kami di masa hadapan akan disiarkan di halaman ini dan, jika sesuai, dimaklumkan kepada anda melalui e-mel. Sila semak laman ini dengan kerap untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan pada Dasar Privasi kami. Dengan terus berhubung dengan kami selepas pengeluaran notis pindaan tersebut, anda akan dianggap telah bersetuju dengan Dasar Privasi ini (seperti yang dipinda dan dikemas kini).

13. Bahasa  

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan diguna pakai.

 

DIKEMAS KINI PADA MEI 2024

 

Adakah anda berumur lebih daripada 18 tahun?

Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.

Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.

Sahkan
Please insert correct date