Waranti Produk Ploom

1. Umum

Waranti Produk Ploom ini hanya sah ke atas produk yang dibeli di Malaysia.

Untuk memastikan anda memperolehi pengalaman yang terbaik dengan produk Ploom, JTI menawarkan pelanggan kami waranti 12 bulan secara percuma untuk semua peranti baharu yang dibeli terus daripada semua saluran jualan Ploom yang rasmi. Ini bukan polisi insurans.

Sekiranya terdapat kerosakan yang dimaklumkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, JTI menjamin bahawa produk yang dihantar adalah bebas daripada kerosakan dan berfungsi dengan baik untuk tempoh jaminan 1 tahun dari tarikh penghantaran. Waranti diberikan hanya oleh JTI dan secara eksklusif dalam bentuk penggantian dengan produk yang mempunyai nilai yang sama.

Anda perlu memastikan bahawa peranti anda dipautkan ke akaun anda di laman web Ploom supaya butiran jaminan anda adalah sentiasa tersedia. Jika peranti anda tidak didaftarkan, anda perlu menyediakan bukti pembelian untuk membuat tuntutan jaminan anda.

Waranti Ploom menyediakan perlindungan ke atas kerosakan semasa penggunaan biasa. Ini bermakna jika produk anda mengalami kerosakan dalam tempoh jaminan, JTI akan mengatur untuk menggantikannya secara percuma. Jika anda menerima peranti gantian, waranti 12 bulan anda akan diperbaharui untuk peranti gantian tersebut.

Jika anda percaya bahawa produk anda mengalami kerosakan, sila hubungi Ploom Care Team melalui panggilan 1800 228 338 atau borang Hubung Kami.  Diagnostik akan dilakukan bersama anda melalui telefon atau secara peribadi untuk mengenal pasti kerosakan tersebut dan jika perlu, JTI akan menyediakan peranti gantian. Sekiranya tiada produk yang setara tersedia, JTI akan melakukan yang terbaik untuk memastikan anda berpuas hati dengan penyelesaian yang dicapai. Jika anda memulangkan produk yang tidak mengalami kerosakan, JTI mungkin akan memulangkan produk tersebut kepada anda atau menawarkan peranti gantian dengan kos yang ditanggung oleh anda sendiri.

Terdapat beberapa pengecualian khusus ke atas jaminan Ploom yang anda perlu ketahui sebelum menghubungi Ploom Care Team. Waranti adalah tidak sah untuk perkara-perkara berikut:

  • Produk yang dibeli lebih daripada 12 bulan sebelum ini.

  • Bahan pakai buang seperti batang tembakau.

  • Jika produk telah digunakan secara komersial atau untuk tujuan perniagaan.

  • Haus dan lusuh dari segi kosmetik seperti calar, kemek, kakisan atau perubahan warna di mana fungsi produk tidak terjejas.

  • Sebarang kerugian yang dialami akibat kegagalan untuk menggunakan produk, atau sebarang kerugian melebihi harga belian asal produk.

  • Produk yang telah diubah atau diservis oleh penjual yang tidak diluluskan oleh Ploom.

  • Kerosakan atau pengabaian produk yang disengajakan.

  • Produk terpakai.

  • Aksesori seperti Panel and Case, Cleaning Stick dan USB Cable (kecuali Wall Adapter dan Charging Dock akan diberi jaminan kecacatan kilang selama 30 hari).

Jika peranti anda mengalami kerosakan tidak disengajakan yang menjejaskan fungsi peranti dan yang bukan disebabkan oleh penyalahgunaan anda, anda mungkin layak untuk menerima peranti gantian seperti yang diterangkan dalam bahagian ini. Untuk menerima peranti gantian, anda perlu mengembalikan peranti yang rosak kepada JTI. Ini boleh dilakukan dengan menghubungi Ploom Care Team dan anda akan diberikan peranti gantian jenis yang sama dan setara dengan peranti baharu dari segi prestasi dan kebolehpercayaan. Jika peranti gantian daripada jenis yang sama tidak tersedia, peranti yang sekurang-kurangnya setara dari segi fungsi akan diberikan sebagai gantian. JTI akan menyimpan semua peranti yang telah diganti.

Anda perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi peranti anda dan menggunakan serta menyelenggara peranti mengikut arahan dan panduan penggunaan peranti tersebut. Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak berhak untuk menerima peranti gantian. Anda dihadkan kepada 1 peranti gantian untuk kerosakan yang tidak disengajakan bagi setiap peranti yang didaftarkan (walau bagaimanapun, anda masih boleh menerima perkhidmatan jaminan yang masih berbaki sehingga tamat tempoh jaminan anda).

Anda tidak layak untuk menerima jaminan kerosakan yang tidak disengajakan jika:

  • kerosakan adalah disebabkan oleh penyalahgunaan, atau perbuatan sebenar, atau percubaan, untuk membuat pengubahsuaian atau pengubahan peranti, lonjakan elektrik;

  • peranti telah dibuka, diservis, diubah suai atau diubah dengan cara yang tidak dibenarkan oleh kami;

  • disebabkan oleh kehilangan atau kecurian peranti anda;

  • kerosakan kosmetik pada peranti anda yang tidak menjejaskan fungsi peranti, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, retak halus, calar, kemek, plastik yang pecah di bahagian port dan perubahan warna;

  • kerosakan atau kegagalan yang disebabkan oleh haus dan lusuh biasa dan/atau penggunaan peranti;

  • pengendalian yang tidak betul, atau terkena cecair, kerosakan akibat kebakaran, banjir, atau bencana alam atau perbuatan Tuhan; dan

  • kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan peranti dengan produk yang tidak serasi.

Anda harus melaporkan tuntutan anda kepada Ploom Care Team secepat mungkin dan memberikan maklumat-maklumat berikut: (1) nombor siri peranti yang terjejas; (2) huraian simptom, masalah atau punca kerosakan pada peranti; (3) mesej ralat; dan (4) tindakan yang diambil sebelum peranti mengalami masalah dan sebarang langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Anda perlu mengikut arahan pembungkusan dan pengeposan yang diberikan oleh Pasukan Ploom Care untuk menghantar peranti yang terjejas. Sila elakkan dari menghantar sebarang aksesori yang tidak dilindungi oleh jaminan kerosakan yang tidak disengajakan ini, termasuk batang tembakau. Aksesori tersebut tidak akan dikembalikan dan akan dimusnahkan.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Warranti Produk Ploom ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan dan diguna pakai.

 

2. Program Jaminan Lanjutan 12 Bulan

Dengan pendaftaran peranti Ploom X Advanced anda dalam akaun Ploom, jaminan lanjutan peranti anda akan diberi dari 12 bulan kepada 24 bulan tanpa caj tambahan.

Panjangan ini akan diaktifkan secara automatik setelah pendaftaran peranti anda berjaya. Untuk mendaftar, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di sini atau mendaftar melalui Papan Pemuka Akaun anda di bawah Peranti Saya. Program ini hanya untuk ahli Ploom. Daftar akaun sekarang untuk menikmati program ini.

Program ini tertakluk kepada perubahan, dan JTI berhak untuk mengubah atau membatalkan program ini pada bila-bila masa dengan mengemas kini halaman ini.

 

Adakah anda berumur lebih daripada 18 tahun?

Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.

Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.

Sahkan
Please insert correct date