Jawapan mudahnya, tidak. Tembakau panas bukan seperti menghisap vape. Tetapi ini tidak bermakna yang kedua-duanya tidak mempunyai persamaan.
Produk tembakau panas dan menghisap vape diperkenalkan sebagai pengganti menghisap rokok tradisional. Kedua-duanya menghasilkan wap dan dicipta untuk dinikmati menerusi sedutan. Namun berita baiknya ialah kedua-duanya tidak melibatkan proses pembakaran atau menimbulkan masalah asap atau abu seperti merokok.
Itulah yang membezakan kedua-duanya.
Produk tembakau panas seperti Ploom X yang menggunakan teknologi unik untuk memanaskan tembakau tanpa perlu melalui proses pembakaran adalah pilihan utama bagi mereka yang mencari keseronokan menikmati tembakau cara moden. Ploom X bukan sahaja memberikan rasa tembakau yang diperkaya, ia juga membuatkan anda lebih bertimbang rasa dengan persekitaran.
Reka bentuk Ploom X membolehkan anda meneruskan aktiviti menikmati tembakau tanpa pemetik api atau bekas abu. Anda juga tidak akan janggal untuk menggunakannya kerana ia berfungsi dengan batang yang seakan-akan rokok.
Untuk rokok elektronik, e-rokok atau vape (peranti vape dikenali dengan pelbagai nama berbeza) menggunakan cecair yang dipanaskan sehingga menghasilkan wap. Wap itu biasanya mengandungi nikotin dan perisa.
Dengan kehadiran peranti vape pertama, permintaan kedua-dua jenis dan bilangan produk yang ditawarkan juga kian meluas. Daripada Mods kepada Pods dan Pakai Buang, peranti ini digabungkan dengan beratus-ratus pilihan perisa cecair dan kombinasi pilihan yang boleh merumitkan keadaan.
Pembangunan produk tembakau panas seperti yang dicipta Ploom ini telah menumpukan pada inovasi dan penambahbaikan cara mengalami rasa tembakau sebenar dalam era dunia moden. Kebenarannya, tiada asap yang terhasil dan ini menjadi salah satu sebab mengapa ia berpotensi menjadi alternatif untuk vape.
Antara faktor lain termasuklah saiz yang dianggap sangat penting. Rekaannya yang ergonomik disesuaikan mengikut kontur tangan anda. Ploom X Advanced ialah peranti tembakau panas yang terkecil kami pernah hasilkan. Apabila anda menggunakan Ploom X Advanced, tidak mengeluarkan asap dan bau tembakau yang kurang menyenangkan². Malah, hanya sedikit aroma tembakau akan terhasil supaya anda lebih yakin dan bertimbang rasa dengan orang di sekeliling sepanjang anda menikmatinya – di ruang terbuka atau di dalam ruang tertutup.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut bagaimana Ploom menjadi peneraju inovasi dalam blog Sejarah Tembakau Panas.
Untuk memasuki laman web kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai Ploom, sila sahkan bahawa anda adalah seorang perokok berumur 18 tahun ke atas.
Sila masukkan tarikh lahir anda di bawah.